Alhamdulillah ku panjatkan syukur yang tidak terkira pada pencipta aku..aku masih bernafas lagi di pagi Jumaat yang mulia. Hari ini pagi-pagi lagi aku bersiap-siap untuk keluar mencari rezeki. "Ya ,Allah apa pun rezeki yang engkau berikan kepadaku untuk pagi ini aku terima dengan hati terbuka". Coretan ku di pagi hari terpaksa ku hentikan seketika kerana dek kerja menuntut masa dari aku. Hari Jumaat seperti biasa, aku menolong ibu menjaga kaunter jualan di pantai. Alhamdulillah rezeki Allah swt tak putus-putus. Rezeki bila melihat wajah tua ibu ku tersenyum, sudah cukup bermakna buat aku yang di lahirkan sebagai anaknya. Aku mungkin tidak akan pernah dapat membalas jasa seorang ibu, tapi aku cuba sebaik mungkin untuk mengembirakan dirinya. Jau di sudut hati aku, hanya satu yang ku bimbangkan..andai kata jika suatu hari nanti aku dulu yang di panggil menghadap Illahi..mampukan adik beradik aku yang lain menjaga dan menyayangi ibu seperti diriku. Mungkin aku bukan yang...
Kesedihan adalah rahmat terbesar dari Allah Swt sebagai tanda kasih sayang dan cintaNya Allah kepada kita sebagai hambaNya. Kerana kesedihan seringkali berjaya membawa insan kepada Allah Swt. Dan mana mungkin aku tidak bersyukur walau disaat kesedihan yang melanda, meresah jiwa..jika kesedihan adalah hadiah dari Penciptaku buat aku hambanya yang kerdil...