Sering kali kita benci dengan kesedihan, kesulitan yang menimpa diri. Sedar atau tidak kerana kesedihan itu lah yang membawa kita ke pangkuan pencipta. Bila saja kita kehilangan orang yang di sayangi, terasa seolah-olah dunia kosong buat kita. Makan pun tak boleh nak telan, mandi bagaikan tidak basah, hilangnya lena ketika tidur, berpijak di bumi bagai tidak kerana fikiran melayang-layang, dan di saat baring air mata membasahi pipi tak henti-henti. Seksa hanya Allah yang tahu.
Adakah terhenti di situ ,adakah kita hanya nak membiarkan kesedihan terus merutun jiwa kita? Nak mengadu kat manusia, apa yang mereka boleh lakukan? Jika sang kekasih mengatakan "Hatinya sudah tawar buat kamu dan dia tak menginginkan kamu lagi" pastinya perit terasa di hati untuk menerima hakikat. Perit macam mana pun bila soal hati manusia kita tidak mampu berbuat apa-apa tapi Penciptanya mampu, kerana DIA lah Yang Maha Menguasai hati-hati makhluk ciptaan nya. Sapulah air mata dan senyum lah kerana kita masih ada Allah Swt yang tidak pernah meninggalkan kita.
Sedar atau tidak kita sebagai mukmin mempunyai senjata yang tersembunyi iaitu "DOA" , bersegeralah bersolat dan berdoa bila mana penderitaan menimpa dan jangan lah sesekali kita tergesa-gesa. Ingatlah doa amat berguna untuk perkara yang belum berlaku dan sudah berlaku. Sematkan kata-kata ini di dada "Jika Allah Swt memberi tiada siapa yang dapat menghalang, Jika Allah Swt menghalang tiada siapa yang dapat memberi". Hati sang kekasih memang berada di dalam jasadnya tetapi hati itu bukan miliknya tapi milik yang Maha Pencipta. Jika betul sukakan nya mohon dengan bersungguh-sungguh dari Pemilik sebenarnya. Yang Maha Memiliki iaitu Allah Swt.
Jangan pernah bersangka buruk pada Allah Swt, Iblis makhluk yang di janjikan neraka kerana keangkuhan dan kesombongannya bila meminta Allah Swt memanjangkan umur mereka Allah Swt tunaikan. Inikan kita hambanya yang cuba sebaik mungkin untuk bersolat, walau kekadang tergelincir takkan Allah Swt tak tunaikan. Cuma kita ni manusia yang tak terlepas dari sifat tergopoh-gopah dan nak cepat. InshaAllah , yakin Allah Swt akan tunaikan bila waktu yang sesuai.

Comments
Post a Comment