Sering kali kita benci dengan kesedihan, kesulitan yang menimpa diri. Sedar atau tidak kerana kesedihan itu lah yang membawa kita ke pangkuan pencipta. Bila saja kita kehilangan orang yang di sayangi, terasa seolah-olah dunia kosong buat kita. Makan pun tak boleh nak telan, mandi bagaikan tidak basah, hilangnya lena ketika tidur, berpijak di bumi bagai tidak kerana fikiran melayang-layang, dan di saat baring air mata membasahi pipi tak henti-henti. Seksa hanya Allah yang tahu. Adakah terhenti di situ ,adakah kita hanya nak membiarkan kesedihan terus merutun jiwa kita? Nak mengadu kat manusia, apa yang mereka boleh lakukan? Jika sang kekasih mengatakan "Hatinya sudah tawar buat kamu dan dia tak menginginkan kamu lagi" pastinya perit terasa di hati untuk menerima hakikat. Perit macam mana pun bila soal hati manusia kita tidak mampu berbuat apa-apa tapi Penciptanya mampu, kerana DIA lah Yang Maha Menguasai hati-hati makhluk ciptaan nya. Sapulah air mata dan senyum lah kerana...
Kesedihan adalah rahmat terbesar dari Allah Swt sebagai tanda kasih sayang dan cintaNya Allah kepada kita sebagai hambaNya. Kerana kesedihan seringkali berjaya membawa insan kepada Allah Swt. Dan mana mungkin aku tidak bersyukur walau disaat kesedihan yang melanda, meresah jiwa..jika kesedihan adalah hadiah dari Penciptaku buat aku hambanya yang kerdil...