Skip to main content

Posts

Hujan Oh Hujan

Jam dah pukul 2 petang, aku ni masih termenung and rasa serba salah nak meniaga ke tak nak hari ini, hujan masih lagi lebat di luar sana. Nak cari rezeki lebih niat di hati ingin membantu insan bergelar suami bagi meringgan beban. Biarpun abg tidak pernah memaksa untuk aku melakukannya. Terlintas kat fikiran, kalau abg tak bekerja hari ni pasti aku dah mengajak dia pergi ke kg Lapu, Besut untuk tengok air sungai naik, huhuhu. Aku ni tersangat la suka nak main air banjir, maklum la sebelum bernikah ni Ibu Abah tak pernah bagi aku main air banjir ni.  Bercakap pasal air hujan @ air banjir ni 2,3 hari lepas rumah aku masuk air tak pernah pun berlaku habis perabot semua. Dalam hati aku masih mengucapkan Alhamdulillah..biarpun orang cakap aku ni gila..rumah masuk air pun masih boleh cakap Alhamdulillah...Ya kenapa tidak, pada aku setiap musibah yang menimpa adalah satu rahmat buat aku. Bersangka baik pada Allah itu yang selalu aku ingatkan..sekurangnya aku diberi peluang merasa...
Recent posts

Jumaat Datang Lagi

Alhamdulillah ku panjatkan syukur yang tidak terkira pada pencipta aku..aku masih bernafas lagi di pagi Jumaat yang mulia. Hari ini pagi-pagi lagi aku bersiap-siap untuk keluar mencari rezeki. "Ya ,Allah apa pun rezeki yang engkau berikan kepadaku untuk pagi ini aku terima dengan hati terbuka". Coretan ku di pagi hari terpaksa ku hentikan seketika kerana dek kerja menuntut masa dari aku. Hari Jumaat seperti biasa, aku menolong ibu menjaga kaunter jualan di pantai. Alhamdulillah rezeki Allah swt tak putus-putus. Rezeki bila melihat wajah tua ibu ku tersenyum, sudah cukup bermakna buat aku yang di lahirkan sebagai anaknya. Aku mungkin tidak akan pernah dapat membalas jasa seorang ibu, tapi aku cuba sebaik mungkin untuk mengembirakan dirinya. Jau di sudut hati aku, hanya satu yang ku bimbangkan..andai kata jika suatu hari nanti aku dulu yang di panggil menghadap Illahi..mampukan adik beradik aku yang lain menjaga dan menyayangi ibu seperti diriku. Mungkin aku bukan yang...

Aku Yang Menderita Engkau Yang Menghilangkan

Sering kali kita benci dengan kesedihan, kesulitan yang menimpa diri. Sedar atau tidak kerana kesedihan itu lah yang membawa kita ke pangkuan pencipta. Bila saja kita kehilangan orang yang di sayangi, terasa seolah-olah dunia kosong buat kita. Makan pun tak boleh nak telan, mandi bagaikan tidak basah, hilangnya lena ketika tidur, berpijak di bumi bagai tidak kerana fikiran melayang-layang, dan di saat baring air mata membasahi pipi tak henti-henti. Seksa hanya Allah yang tahu. Adakah terhenti di situ ,adakah kita hanya nak membiarkan kesedihan terus merutun jiwa kita? Nak mengadu kat manusia, apa yang mereka boleh lakukan? Jika sang kekasih mengatakan "Hatinya sudah tawar buat kamu dan dia tak menginginkan kamu lagi" pastinya perit terasa di hati untuk menerima hakikat. Perit macam mana pun bila soal hati manusia kita tidak mampu berbuat apa-apa tapi Penciptanya mampu, kerana DIA lah Yang Maha Menguasai hati-hati makhluk ciptaan nya. Sapulah air mata dan senyum lah kerana...

"Siapa Aku"

Siapa Aku? Aku hanyalah seorang hamba yang tidak di kenali, tidak juga mahsyur dan tidak punyai apa-apa tapi pemilik ku adalah yang Maha Kaya. Aku terpanggil menulis coretan ini bukanlah untuk menunjukkan aku seorang yang bijak pandai..jauh sekali untuk bermegah, tapi hanyalah untuk mengingati diri sendiri dan saudara-saudara mukmin yang amat aku sayangi. Semoga apa yang di kongsikan di sini memberi manfaat kepada kita Siapakah Aku?Walau aku tak punya apa-apa tapi aku gembira dan bersyukur kerana nikmat Islam iaitu nikmat yang terbesar yang Allah SWT kurniakan pada aku, tanpa Islam siapalah aku. Banggakah aku kerana di lahirkan sebagai Islam? Tidak!, Tidak sesekali aku merasa bangga..bahkan aqu lebih takut jika nikmat ini di tarik dari aqu,jika aqu sombong dan angkuh. Untuk diriku sendiri janganlah sesekali menghina orang-orang kafir dan jangan sesekali menghukum mereka dengan mengatakan '' Kamu orang Kafir pasti di masukkan ke Neraka". Pastikah aku akan ke syurga?. T...