Alhamdulillah ku panjatkan syukur yang tidak terkira pada pencipta aku..aku masih bernafas lagi di pagi Jumaat yang mulia. Hari ini pagi-pagi lagi aku bersiap-siap untuk keluar mencari rezeki. "Ya ,Allah apa pun rezeki yang engkau berikan kepadaku untuk pagi ini aku terima dengan hati terbuka".
Coretan ku di pagi hari terpaksa ku hentikan seketika kerana dek kerja menuntut masa dari aku. Hari Jumaat seperti biasa, aku menolong ibu menjaga kaunter jualan di pantai. Alhamdulillah rezeki Allah swt tak putus-putus. Rezeki bila melihat wajah tua ibu ku tersenyum, sudah cukup bermakna buat aku yang di lahirkan sebagai anaknya.
Aku mungkin tidak akan pernah dapat membalas jasa seorang ibu, tapi aku cuba sebaik mungkin untuk mengembirakan dirinya. Jau di sudut hati aku, hanya satu yang ku bimbangkan..andai kata jika suatu hari nanti aku dulu yang di panggil menghadap Illahi..mampukan adik beradik aku yang lain menjaga dan menyayangi ibu seperti diriku. Mungkin aku bukan yang terbaik..tetapi hati ku tetap bimbang..kepada siapa lagi nak ku harpkan melainkan Allah swt.
" Ya Allah, jangan lah kau serahkan ibu ku kepada orang lain..nescaya mereka akan cuai terhadap ibuku. Dan janganlah kau serahkan ibu ku pada dirinya sendir..sesungguhnya dia pasti tidak mampu menguruskannya. Ya Allah sesungguhnya, Engkaulah sebaik-baik pengurus..kau uruskan la kehidupan ibu ku." Amin...
Hanya doa ini sahaja yang mampu aku hadiahkan untuk mu Ibu.
Comments
Post a Comment