Siapa Aku? Aku hanyalah seorang hamba yang tidak di kenali, tidak juga mahsyur dan tidak punyai apa-apa tapi pemilik ku adalah yang Maha Kaya. Aku terpanggil menulis coretan ini bukanlah untuk menunjukkan aku seorang yang bijak pandai..jauh sekali untuk bermegah, tapi hanyalah untuk mengingati diri sendiri dan saudara-saudara mukmin yang amat aku sayangi. Semoga apa yang di kongsikan di sini memberi manfaat kepada kita
Siapakah Aku?Walau aku tak punya apa-apa tapi aku gembira dan bersyukur kerana nikmat Islam iaitu nikmat yang terbesar yang Allah SWT kurniakan pada aku, tanpa Islam siapalah aku. Banggakah aku kerana di lahirkan sebagai Islam? Tidak!, Tidak sesekali aku merasa bangga..bahkan aqu lebih takut jika nikmat ini di tarik dari aqu,jika aqu sombong dan angkuh. Untuk diriku sendiri janganlah sesekali menghina orang-orang kafir dan jangan sesekali menghukum mereka dengan mengatakan '' Kamu orang Kafir pasti di masukkan ke Neraka". Pastikah aku akan ke syurga?. Tidak!...mungkin hari ini aku masih mampu mengucapkan 2 kalimah syahadah..tapi apakah jaminan untuk esok? Adakah diriku pasti yang aku akan mati di dalam Islam? Tidak!..Pengajaran untuk diriku jangan lah sesekali bermegah kerana lahir dari sebuah keluarga Islam. Kerana itu tidak menjamin syurga buat ku melainkan dengan rahmat Allah.

Comments
Post a Comment